Wednesday 3 August 2011

Farid Kamil Diugut Kerana Diana Danielle !

Disebabkan kekasih hati Diana Danielle, Farid Kamil kini dah diugut sebanyak 8 kali melalui telefon oleh seseorang yang tidak dikenali dan menyuruh Farid Kamil untuk segera tinggalkan Diana Danielle. Kisah ini merupakan kisah yang jarang-jarang berlaku dalam dunia percintaan artis. Bimbang atas keselamatan diri, keluarga dan Diana Danielle, lantas dengan kejadian itu, Farid mengambil tindakan untuk memberikan kes ini kepada pihak polis. Kita doakan agar Farid dan ahli keluarganya dalam keadaan yang selamat sejahtera, semoga Allah melindungi mereka daripada anasir jahat di bulan yang mulia ini.


"Bagi saya perkara itu satu perkara biasa dan saya dah serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Cuma buat masa ini, saya akan lebih berjaga-jaga dan berhati-hati kerana kita tak tahu siapa orang itu.


"Saya akan lebih berhati-hati terutamanya apabila saya berada di tempat terbuka kerana kita tak tahu apa mereka mahu buat pada diri kita," katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab