Sunday 7 August 2011

Handphone 3 Screen Pertama Didunia


Seorang designer, Kristian Ulrich Larsen memperkenalkan telefon bimbit lipat (flip phone) yang mempunyai tiga skrin pertama di dunia. Apa yang lebih menarik lagi, ketiga-tiga skrin ini adalah skrin sesentuh (touch screen) yang menggunakan teknologi skrin AMOLED dan dikuasakan oleh sistem operasi Android.


Dengan memiliki 3 skrin sekaligus, mungkin ada antara anda yang menganggap telefon ini adalah terlalu besar untuk dimuatkan ke dalam poket anda. Namun sebenarnya saiz telefon ini adalah sama sahaja dengan kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran. Gambar di bawah ini menunjukkan saiz dan ketebalan telefon ini kelihatan sama seperti saiz standard telefon lain.


Telefon ini boleh dilipat dalam pelbagai bentuk; antaranya bentuk piramid, bentuk telefon bimbit biasa, malahan boleh dilipat seperti buku kecil. Setiap skrin adalah skrin Super Amoled dengan menggunakan kaca  Gorilla Glass bersama dengan perincian logam disekeliling badan telefon bimbit ini.


 Bentuk yang unik ini dikatakan akan mengukuhkan lagi cengkaman tangan anda semasa memegang telefon bimbit.

  
  


Dan yang bestnya, ia menggunakan sistem operasi Android...


Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh tonton klip video demo yang menakjubkan di bawah ini:




source: http://thetechjournal.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab