Tuesday, 16 August 2011

Keluarga Kerugian RM100,000 Rumah Dipecah Masuk Ketika Solat Terawih


SUBANG JAYA: Satu keluarga yang baru pulang daripada mengerjakan solat Tarawih di masjid berdekatan kediaman mereka di USJ 6, di sini, terperanjat apabila mendapati rumah yang baru ditinggalkan beberapa jam berada dalam keadaan berselerak disyaki dimasuki pencuri, Jumaat lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, keluarga terbabit mendakwa kerugian lebih RM100,000 apabila beberapa barangan berharga di dalam rumah mereka lesap.

Menurut sumber, keluarga terbabit keluar dari rumah mereka kira-kira jam 8 malam selepas berbuka puasa dan mendakwa rumah berkenaan ditinggalkan dalam keadaan berkunci.


“Bagaimanapun, kira-kira jam 11 malam selepas selesai solat Tarawih, sebaik mereka tiba di rumah didapati keadaan dalam rumah berselerak seperti digeledah,” katanya.

Menurut sumber, setelah memeriksa kawasan rumah, mereka dapati pintu jeriji serta pintu kayu di bahagian dapur diumpil.


“Antara barangan yang didapati hilang termasuk barang kemas bernilai kira-kira RM50,000, laptop, lima utas jam tangan berjenama dan wang tunai RM800,” katanya.



Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab