Thursday 4 August 2011

Kesian, Khinzir Hanya Berkaki Dua


Zhu Jianqiang, khinzir berumur 10 bulan yang lahir di daerah Henan di China. Zhu Jiangqiang bermasksud "khinzir yang tabah" memandangkan anak khinzir ni survive hidup walaupun hanya dengan dua kaki.

Menurut Wang Xihai, tuan punya khinzir unik ini, ketika lahir isteri beliau menyuruhnya membuang sahaja khinzir yang cacat itu. Tetapi beliau merasa kasihan dan selama 30 hari berturut-turut mengajar Zhu Jiangqiang berjalan dengan menggunakan 2 kaki. Lama-kelamaan Zhu Jiangqiang mampu berjalan dengan 2 kakinya tanpa dibantu.

Kini Zhu Jiangqiang menjadi tarikan ramai pengunjung ke rumah Wang Xihai sehinggakan Wang ditawarkan harga lumayan oleh sebuah sarkas untuk membeli Zhu. Tetapi Wang menolak wang yang ditawarkan.

Pelik kan, aku VIN, aku takkan tolak WANG, tapi lelaki cina bernama WANG ni menolak WANG, mungkin bagi WANG, kasih sayangnya kepada Zhu tidak boleh dibeli dengan WANG ringgit atau mungkin WANG sudah tidak perlukan WANG kerana dialah WANG. Kuasa tuhan tiada siapa dapat menghalang.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab