Friday 12 August 2011

Anonymous Godam Laman Web Kementerian Pertahanan Syria



Kumpulan aktivis hacker yang dikenali sebagai Anonymous telah berjaya menggodam laman web Kementerian Pertahanan Syria. Pelawat yang ingin memasuki laman web awal pagi Isnin semalam telah disambut dengan jalur hijau, putih, hitam dan bintang merah bendera Syria. Selepas beberapa ketika, logo Anonymous muncul di tengah-tengah bendera, bersama teks dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab seperti berikut:

Kepada rakyat Syria: Dunia berdiri bersama anda terhadap rejim kejam Bashar Al-Assad. Ketahuilah bahawa masa dan sejarah bersama anda - pihak zalim menggunakan keganasan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang lagi, apabila mereka lebih ganas, mereka lebih rapuh. Kami menyanjung keazaman anda yang tidak ganas dalam menghadapi keganasan rejim, dan mengagumi kesanggupan anda untuk menegakkan keadilan, bukannya dendam. Semua yang zalim akan jatuh, dan terima kasih kepada keberanian anda, Bashar Al-Assad (akan jatuh) selepas ini.

Kepada tentera Syria: Anda bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang Syria, dan sesiapa yang mengarahkan kamu untuk membunuh wanita, kanak-kanak dan warga tua berhak untuk dibicarakan kerana pengkhianatan. Tiada musuh luar yang dapat membuat kerosakan yang besar di Syria seperti yang Bashar Al-Assad telah lakukan. Pertahankan negara anda - bangkitlah menentang rejim! - Anonymous

Seseorang anggota Anonymous yang terlibat dalam serangan ke atas laman web Kementerian tersebut memberitahu kepada Huffington Post pada pagi Isnin semalam bahawa tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas oleh gabungan kumpulan mereka yang memberi tumpuan kepada sasaran politik.

"Terdapat banyak perkara di dalam perancangan - apa-apa jua yang berkaitan dalam cara urus tadbir demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang akan menjadi sasaran," kata ahli Anonymous tersebut. "Ini termasuk semua orang daripada saudara-saudara Koch sehingga Mahmoud Ahmedinejad."

Kami menyerang, "[Kementerian Pertahanan] kerana ia mewakili tentera Syria, yang merupakan bahagian utama yang berterusan menyebabkan pemberontakan berlaku di sana. Jika tentera menentang rejim, rejim itu sudah habis."

Anonymous sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mula mensasarkan laman web kedutaan Syria di seluruh dunia tetapi serangan semalam adalah yang pertama bagi sasaran ke atas laman web rasmi kerajaan di negara itu. Kebanyakan kerja Anonymous sebelum ini tertumpu kepada syarikat-syarikat besar, seperti Visa dan Sony, tetapi pada bulan Jun organisasi tersebut mengumumkan akan bergabung tenaga dengan kumpulan penggodam LulzSec yang lebih berunsur politik dan memberi lebih tumpuan menyerang laman web kerajaan.

Kumpulan Penggodam "Anonymous" baru-baru ini turut mengancam untuk melancarkan serangan terbaru ke atas kerajaan Malaysia pada 24 Okt ini. 

Matlamat serangan ini adalah bertujuan untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab