Tuesday 2 August 2011

Pelik Apabila Mayat Ikut Sekali Menonton Bola Di Stadium

Seorang peminat pasukan Colombia Cucuta Deportivo yang berusia 17 tahun telah ditembak mati ketika bermain di taman persekitaran pada hari Sabtu lalu - dipercayai dilakukan oleh seorang pembunuh upahan. Bagaimanapun, pada hari Ahad lalu, teman-temanya telah membawa bersama keranda dengan mayat pemuda itu untuk menyaksikan perlawanan kelab kesayangan mereka menentang pasukan Envigado.

Ya, ia bukan guraun, tetapi benar-benar berlaku. Selamat datang di dunia hardcore peminat bola sepak Amerika Selatan. 





Dari Laporan Colombia: Rakan-rakannya telah mengambil mayatnya dari rumah mayat dan diarak ke stadium sebagai usaha mereka untuk memberi penghormatan kepada seorang peminat bola sepak yang dibunuh.

Pegawai perubatan pasukan bola sepak, Julio Rivera, berkata kepada wartawan, "Mereka bukan membawa masuk seorang peminat fanatik, tetapi mayat. Inilah satu-satunya bahagian di muka bumi ini dimana hal seperti ini boleh berlaku."

Kolonel Alvaro Pico, seorang anggota polis tempatan berkata bahawa kematian anak itu tidak ada hubung kait dengan cintanya dengan pasukan bola sepak ini, tetapi ia merupakan tindakan jenayah di tempat ia tinggalnya.

Perbuatan ini telah menimbulkan kontroversi di Cucuta dan pegawai stadium akan mengadakan mesyuarat untuk mengetahui siapakah yang membenarkan mayat ini masuk ke dalam stadium, dan hukuman yang akan dikenakan.

Kolonel Pico berkata mereka telah mengenalpasti beberapa orang yang mengambil mayat ini dari rumah mayat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab