Saturday 6 August 2011

Produk SimplySiti Adalah Halal, Berus Bukan Dari Babi


Penyanyi no 1 negara, Siti Nurhaliza telah dihujani dengan pelbagai dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai isu halal berkenaan produk SimplySiti. Antara dakwaan yang dikemukakan oleh individu tersebut ialah mengenai status berus SimplySiti disyaki datangnya daripada babi.

Walau bagaimanapun, Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan penafian melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 sekitar pukul 4 petang hari ini.

“Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.” – Siti Nurhaliza

Penafian ini sekaligus menolak dakwaan individu berkenaan yang kononnya mendapat laporan analisa makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab