Wednesday 10 August 2011

Akhirnya Faezah Elai Mengaku Nak Kahwin Heykal


Semasa bercerita pasal bakal suaminya, pelakon Faezah Elai enggan menyebut nama. Walaupun nama pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah disebut-sebut sebagai lelaki yang dipilihnya, namun Faezah tetap mengunci mulut.
Sekarang Faezah sudah mengesahkan yang dia akan bernikah dengan Heykal pada 9 September ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang. Mereka akan bersanding pada 3 Disember depan.
Pasti ada yang melabelkan Faezah sebagai kaki kelentong kerana pernah menafikan hubungan dan menggambarkan akan berkahwin dengan orang lain sebelum ini.
AKHIRNYA MENGAKU NAK KAHWIN HEYKAL.
Apa kata Faezah? Faezah menjelaskan secara terbuka kepada media semasa ditemui dalam majlis kesyukuran tamat penggambaran filem Tanda Putera di Finas, malam ini.
Katanya:  "Saya ada sebab mengapa tidak menyebut nama Heykal sebelum ini. Permintaan ibu Heykal sendiri yang tidak mahu nama Heykal disebut sehinggalah kad undangan dicetak. Sekarang sudah dicetak dan dapat persetujuan untuk didedahkan, jadi saya sedia mendedahkannya.
"Saya tak kisah kalau ada yang masih nak menyalahkan saya. Tapi saya ingin memberitahu bahawa hubungan saya dengan Heykal bermula selepas dia dah solo."
Faezah juga tetap mempertahankan hubungannya dengan Heykal semakin rapat setelah lelaki itu bercerai dan dia tidak kena-mengena dengan masalah rumah tangga mereka.
"Semasa cerita hubungan kami mula diperkatakan, hubungan kami belum terjadi. Selepas itu barulah kamu berbicara apabila hubungan kami diperkatakan. Kerana cerita itulah yang membuatkan kami menjadi rapat," katanya lagi.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Archive

LinkWithin

LinkWithin

PunchTab